Misi & Visi

MISI MSPA

Mendapatkan sokongan dan bantuan dari kerajaan Malaysia, syarikat pengeluar minyak tempatan, syarikat minyak yang beroperasi di Malaysia bagi memastikan kerja-kerja dasar laut diberikan kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan.

Berkerjasama dengan syarikat luar dan dalam yang menjalankan kerja dasar laut di perairan Malaysia untuk memberi keutamaan pekerjaan kepada rakyat Malaysia tanpa mengira pengalaman berkerja, jantina, keturunan, bangsa selagi mereka berkelayakan dan memerlukan pekerjaan.

Persatuan ini bertujuan untuk pekerja profesional dasar laut dari Malaysia berdiri teguh dah bersatu, juga untuk memastikan perairan Malaysia untuk pekerja profesional dasar laut dari Malaysia.

Berkerjasama dengan kerajaan, syarikat minyak dan swasta untuk menaikan taraf keselamatan, masa bekerja dan keadaan persekitaran kerja di perairan Malaysia.

VISI MSPA

Menjayakan dan mendukung Sebarang Dasar Ekonomi Negara.

Menyatupadukan dan mengumpul setiap ahli persatuan melalui kebolehan masing-masing.

Mewujudkan satu perikatan yang kukuh dan seimbang diantara ahli persatuan.

Melahirkan ahli persatuan dan pekerja industri yang lebih berilmu dan berjaya.

Mempertahankan serta memperjuangkan hak-hak ahli persatuan.